Akak Aku Plak..hehehe..





Hehehehe..






My Parent...ngeee..


Amek Berkat..ngeh3...



Akak Aku Tunang..

Aku Bertunang..Yay!!!













Sesi Menyarung Cincin Pertunangan..hehehe

KemBali...ermm..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam permulaan seperti yang selalu aku ucapkan pada setiap permulaan entry yang aku tulis..Apa khabar kepada pembaca-pembaca?Harapnya adalah yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni kan..Lama juga aku tak hupdet blog aku ni..hehehe..

Selama blog ni tak berupdate, macam biasa la kan, semua orang mst ader pelbagai perkara serta suka-duka yang ditempuhi, macam aku juga selama aku tinggalkan blog aku ni, banyakla perkara-perkara yang aku lalui..Semasa entry ini ditulis, jam menunjukkan suda pukul 2.11 minit pagi 27/05/2010, bermakna lebih kurang 5 bulan lebih jugak la aku tak update blog aku, bukan tak melawat tapi aku jer yang malas giler aaa..hehehe..

Nak cerita la perkara-perkara yang aku lalui selamat ni ..antaranya,Alhamdulillah , pada bulan-bulan yang lepas, selepas aku bertunang, akak aku pun sama mengikuti jejak langkah ..selepas beberapa minggu, adik aku Sophia pulak.So dijangkakan kenduri perkahwinan kami semua akan diadakan secara serentak.Alhamdulillah, dalam masa yang terdekat, ibu bapa aku dikurniakan anak yang baru (menantu) Insyaallah...Mudah-mudahan semuanya berlangsung dengan sempurna.Aku mendoakan agar majlis kami semua terlaksana tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain itu, perkara di atas tu hanyalah kenduri yang berlangsung di sebelah pihak aku la, maksudnyer majlis kahwin di rumah aku, tp untuk majlis akad nikah AKu dan Noraniza akan berlangsung pada 20/11/2010 Insyaallah seperti yang telah pihak keluarga aku dan pihak keluarga perempuan bersetuju.Sekarang ni pun aku dan tunangku sedang mula membuat persiapan perkahwinan seperti membeli barangan hantaran, kain baju yang hendak dibuat semasa akad nikah.Aku dan Tunangku membeli ckit-ckit la kan, bukan ape,taknak la terase sangat.Korg jangan pk ktorg nk wat grand2 plak, ktorg wat aper yang termampu yang penting, pernikahan aku dan si dia dapat berlangsung dengan sempurna.

Betul la orang kate, suasana menjelang majlis yang paling bermakna ini sangatla mendebarkan.Macam-macam yang bermain dalam kepale ni,Pelbagai masalah yang bermain-main dalam pikiran aku,Betul la, selain tanggungjawab suami kepada isteri, persiapan perkahwinan ini juga teras berat untuk aku memikul.Tapi Terima Kasih kepada ibu ayah aku, adik -beradik dan paling penting tunangku yang memahami kedudukan aku yg tak berape nk ni.Mereka ini banyak la membantu wat masa ni dari segi emosi..Teras berat sangat beban yang aku rasa.Yela kan, memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul nk menjaga anak org tuu..heheh..cukup ker nk bg die makan, tempat tinggal, pakaian seperti yg dituntut Islam.Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan ku sebelum, semasa selepas dan selama aku dan si dia bersama sehingga ke syurga Insyaallah.Risau juga aku kalau aku ni tak dapat jd seorang suami yang dapat mendidik isteri yang solehah..Diharapkan dapatla aku menunaikan tanggungjawab aku nnt..Insyaallah...yela kan selain isteri, aku risau juga yela tanggungjawab kepada ibu bapa aku, dapat ker aku nk hadapi?WAAAAA!!! takut r plak..hehehe..tp aku percaya yang aku sentiasa membantu makhluk-Nya dapat segala urusan yang baik..Insyaallah...huhuhu

Ermmmm...k la, aku rasa sampai sini jerla entry aku, kat bawah nnt ader la serba sedikit gambar-gambar sepanjang awal tahun, perkara yang baik banyak telah berlaku di rumah aku..Syukur Alhamdulillah kerana segalanya berlaku dengan lancar..Alhamdulillah....

Salam Terakhir 2009

Assalamualaikum w.b.t

Salam pada kali ini adalah salam terakhir yang akan aku ucapkan kepada tahun 2009 yang bakal berakhir tepat jam 12 malam ini.Pelbagai suka dan duka yang aku tempuhi pada tahun ini.Pelbagai pengajaran dan pengalaman yang dapat aku pelajari pada setiap saat dan detik pada tahun 2009.Entah mengapa pada entri kali ini aku dikala aku menulis entri ini, aku merasa sayu mengenangkan suka dan duka yang telah aku lalui selama ini.Kepada Ibu Bapa ku Bakri Ujang dan tidak lupa ibu yang tersayang Zainab Binti Tahir, terima kasih ija ucapkan kepada mak dan ayah sebab mak dan ayah dah susah payah jaga ija sampilah dan besar macam ni.Minta ampun dan maaf kalau ija ada buat salah dan silap dan diharap tahun-tahun yang mendatang ni doa-doala ye ija berubah dari yang tak baik kepada yang lebih baik.

Heheh..kepada adik beradik serta sanak saudara pula terima kasih juga diucapkan.Selama kita bersama korg banyak la beri tunjuk ajar kan.Kat abang, akak, sopi ,dalina ,alo cikdah, amy, lisya dan semua terima kasih ye..hehehe..Entah la aku rasa terharu sangat2 pada kali ini untuk meniggalkan tahun 2009 ni.Sayang rasanyer nk tinggalkan 2009 ni.Banyak perkara dan peristiwa yang amat bermakna bagi diriku dan tak lupa juga peristiwa pahit yang aku lalaui.Kalau tak kerana seme-seme kat atas tu, tak dapat aku nk hadap cabaran dan dugaan padan tahun ini.

Kepada teman tersayang ku Noraniza Binti Ayob, ni lagi salah seorang peneman hidup aku , sekarang dah jadi tunang aku dah..Kalau korg igt entry aku yang lepas entry yang paling pendek aku pada tarikh tu la aku di ikat kan dengan ikatan pertungan dengan salah satu tulang rusuk ku yang telah terpisah sejak kecil tapi.......belom lekat lagi..hehehe.Bee Sok insyaallah kite jumpe yer.Bak kata khairul kita tak bole cakap sok kita jumpa sebab kita hanya merancang,Allah yang tentukan so kenala cakap insyaallah (dengan izin Allah).ceramah lak pagi2 ni.hehe..

Ermm lege dah...selain aku , aku rasa Mak Ayah aku juga mendapat pelbagai perkara yang menjadi sejarah dalam hidup dorg.Yela tahun 2009 ni macam2. 1st sekali 28 februari Mak Ayah dapat menantu ( Anak Hantu) yang sulong.Bini abang aku dah...Pastu tah1un ni jugak la..hehehehe pada 30 Julai 2009..Aku merisik dah..Tahun ni jugak 21 November ,aku tunang plak..dannnnnn pada tahun ni jugak la selepas 2 minggu aku tunang akak aku plak tunang dah..bape banyak tunang dahhh sekaligus merisik terbalik kot..hehehe.tapi takperla,asal korang paham yer..tapi ader ke yang melawat blog aku ni?hehehe.

Aku rasa sampai sini jerla yang dapat aku sampaikan kat korg2 seme.Disini juga aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali aku ak kira la yang igt kat aku ker yang tak igt ker salah banayk ker salah cki ker aku nak mintak maaf yer..tak kire r saper2 pun! aku nk mintak maaf jugak..hehehe..ader la kat bawah ni rentetan pelbagai peristiwa-peristiwa yang gembira yang berlaku dalam keluargaku sepanjang tahun ini.Yang tak germbira tu biar jerla aku simpan dalam hati ni, dan hanya yang berkaitan sahaja tau perkara-perkara yang tak menggembirakan tu...layan........

Sori ye tak dapat nk upload gmbr, blog problem,

Nanti aku msk kan yer..

Selamat Tinggal 2009....

Salam 2010 kepada semua muslimin dan muslimat..

21 Nov 2009..Aku TuNAng WOw!

ermm.Nanti aku sambung yerk..Tibe- lak ngantuk..heehehe..salam..

30 Julai 2009 Hari Bersejarah...

Assalamualaikum w.b.t

Hai, malam ni aku tiba-tiba plak ader mood nak hapdet blog ni.Selama bebrapa minggu aku tak hapdet blog ni,sebenarnyer ader je aku singgah blog sendiri ni,tapi tula,tahap kemalasan tu tinggi sangat, so tu yang tak berhapdet tu..kekeke..

Ape yang ader dengan tarikh di atas tu???...Mesti korang tertanye-tanye kan?Sebenarnye macam ni, selama aku tak berhapdet blog ni perlbagai la peristiwa yang berlaku selain sibuk bekerja.hehehe..Korang seme nak tau ker?...nanti aku bagitau yer..nak tau tunggu.....walaupun dah terlepas..hehehe..Takder la,men-men jer..Sebenarnyer tanggal 30 julai 2009 hari tu adalah salah satu hari sejarah aku.Sekali lagi aku mencipta sejarah yang paling berharge.Hari tu,berlangsung la peristiwa merisik.Aku dan keluargaku serta pakcik dan makcik aku telah datang ke rumah Temanku tu untuk majlis merisik.Alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar tanpa halangan. Hanya Tuhan yang tau betapa seronoknya aku pada hari tu..Acara berlangsung selama bebrapa ketika dan di Akhiri dengan upacara makan-makan yang disediakan oleh pihak perempuan dan Alhamdulillah selamat aku sebab risikan ini diterima dengan baik..

Jadi untuk flow yang akan datang diharap tidak akan ada ape-ape halangan yang dapat menjejaskan perhubungan ini keran sejak pertama kali aku diterima menjadi kapel die, aku telah berazam untuk menjaga Temanku itu sebaik yang bole.Kawan-kawan doakan aku ye supaya hubungan ni akan kekal sehingga ke akhirnye dan bahagia dan tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami kerana masing-masing sudi terima kami berdua sebagai ahli keluarga Insyaallah..Mudah-mudahan berkekalan la hubungan kami ini..Noraniza..Ku mencintaimu.....

Yang Menyayangi mu...

Ahmad Reza Bin Bakri...

Sekian

Marah..

Assalamualaikum w.b.t

Bersambung lagi ye perjumpaan kita.Hari tu aku turun ipoh 30 mei sebab kawan sekelas masa kat poli dulu dah melangsungkan perkahwinan dia dengan Akmal.Aku ni bukan la rapat sangat pun dengan dua-dua orang tu,tapi ala kawan-kawan datang jerla.Datang makan jerla kan,xbawak hadiah tak sempat pun maklum la gaji hari tu juga baru masuk, jadi tak sempat la nak membelinya datang just nak meramikan umat jer.Tahniah ye adib dan akmal,semoga berkekalan la hingga akhir hayat..

Mesti pelik kan napela semangat sangat nk g ipoh jauh-jauh buta tu,hehehe..macam yang korang sedia maklum,kan teman aku kan ada bekerja kat sana.Lagipun tujuan utama aku g sana pun bukan la semata-mata nak g orang kawen tu,tujuan utama aku g sana nk jumpa teman aku, dah kebetulan ada majlis kawen kawan aku,aku turun jerla singgah jap, dapat juga la jumpa kawan-kawan kelas yang lain macam khai,zul,raja,muaz auron dan ten malar..Ok la not bad gak r jumpa dorg,tapi tu la perjumpaan aku dengan dorang seme-seme tu kejap je pun tak lama sebab aku terpaksa berkejar nak hantar teman aku balik kampung die kat sabak bernam.

So,nak cite pun tak tau nk cite ape,xder pape pun cuma tu la,rasa gembira plak bile teman aku ader kat sis aku selama 2 hari tu,hepi jer rasa.Macam sekarang ni,aku pun tak tau nk cakap ape sejak 2 menjak ni aku asyik rasa macam nak marah orang jer manjang ak kira la,tman ku ker,kawan-kawan ker aku rasa macam membara jerla,naper la ye agak nye???Pelik betul tak paham plak asal r jadi macam ni.....Macam sekarang ni pun aku rasa macam malas jer nk update blog ni,maklum r perasaan ni rasa asyik nak marah orang jer la manjang..dan yang kesian nya,teman aku jerla yang jadi mangsa.Kadang-kadang tu benda kecik je pun,tu pun aku ble ungkit boe plak aku besar-besar kan.Tu yang hari-hari nak gaduh jer minggu ni.Tapi tu r,aku nk cuba tahan marah ni,Maybe ader khimah Nya kot.Aku nk cuba r kawal perasaan marah aku ni.huhuhuhu..

K r beb,aku pun macam xder mood jerla nk cite panjang-panjang,So next time insyaallah kita jumpa lagi yer ..

Sekian terima kasih....