Assalamualaikum w.b.t....
So dah lama gakla aku tak menulis ape-ape kat blog ni,bile perhatikan blog ni mcm dah bersawang ckit.hehehee.Actually aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnyer kat blog ni,tp sempena di bulan Syawal yang mulia ni sementara masih ada suasana Aidilfitri ni k la,aku citekan la ckit-ckit pasal aku sambut raya tahun ni camner.hehehe
Tahun ni macam biasa la kan,macam tahun-tahun yang lepas aku sambut raya ngan family aku kat Kuala Lumpur.Biasa la selepas sembahyang raya kitaorang satu keluarga yang terdiri daripada ayah dan mak aku,abang aku,akak aku dan adik2 ku pun berkumpul dan masa tu kami bermaaf-maafan diantara satu sama lain.Dan selesai majlis tu kitaorang pun g kat meja makan,ape lagi makanla..Hoooreyyyyy!!!!!Tahun ni mak masak rendang daging,limpa dan paru jer,rendang ayam xder.Mak tam masak rendang ayam bukan sebab apa,salah satunye sebab ayam dah habis,maklumla tahun ni mak kena kerja sampai hari jumaat,tak dapat cuti tapi nasib baik la hari jumaat tu dapat cuti separuh hari so,sempat la nk g shopping daging2 untuk dimasak rendang.(sedap gak rendang ni ..hehehehe).
So,dah makan sume,macam biasala kan g menziarahi sanak saudara yang terdekat mahupun yang terjauh(tp tak brape nk jauhla)...Tapi sebelum pergi menziarahi sanak saudara baru jer nk kuar dorang dah sampai dulu kat umah aku,rupe-rupenyer dorg(saudara) pun raye kat kl gak tahun ni..hehehehe,jd layan kan aje masa raya pertama jer dah ramai saudar kunjungi rumah aku.Rabak gak la duit nk kene bg kat anak-anak saudara,nasib bek tahun ni tak byk bli barang,so dapat la spent duit ckit untuk bagi kat anak-anak kecil yang bertandang kat umah ku ini..hehe.So,pada raya pertama sempat gak la beraya kat umah mak lang ku kat sentul,jadilaaaa...
Raya ke2 lak acara sambutan nye kitaorang lak g beraya dan berkunjung ker rumah sanak saudara seperti yang di atas iaitu jauh dan dekat..sampai la raya ke-5 tak silap aku adalah hari yang ditungu-tungu.hehehehPada hari tu aku dan kawanku g ker sabak bernam g melawat temanku Noraniza atau pergi berkunjung ke rumah die sempena Syawal ini.Masa kat sana pelbagai juadah disajikan untuk aku dan kawanku.Paling sedap ayam kampung muda masak kari.Walaupun daging die liat, tapi sedap wooo!Banyak gak la aku makan hari tu.hahahah..so menjelang petang aku pun pulang sebab sok nye dah nak kerja.huhuhuhu...Jadi sampai sini sahaje la coretan ku.Gambar-gambar sume tak letak la bkn sebab xder gambar,tapi lupe nak bawak plak maklum la masa wat posting ni aku kat opis,luper r plak nk bawak gambar-gambar letak kat blog ni.Xper,len kali aku letak gamabr ye..Jadi,aku rasa belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN jika ader terkasar bahasa atau tersilap cakap yang buat hati atau perasaan kawan-kawan aku ni terasa sama ada yang sengaja atau tak harap dimaafkan...:-0
Sekian
Ahmad Reza
