PSAS Konvokesyen



Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka kata diucapkan kepada rakan-rakan yang melawat ke blog ku ini,Semalam tanggal 28 julai 2008 tercatat satu peristiwa bersejarah bukan pada diri aku,tapi kepada Adikku dan juga temanku iaitu seperti yang tercatat pada tajuk di atas.Maka semalam,terbyar la sudah segala kesusahan yang di tempuh semasa mereka berdua belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah selepas menerima segulung diploma setelah selama 3 tahun berhempas pulas memerah keringat.akhirnya tamat juga dan tergambar keseronokkan di wajah masing-masing selesai penganugerahan di lakukan.Tahniah diucapkan,semoga mereka berjaya di masa akan datang....



Bergambar bersama selepas Majlis penganugerahan




Itu sahaja

Sekian,terima kasih

Ahmad Reza

Nafsu & Akal.

Nafsu Yang Degil


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

CaMeroN...

Enaknya..!!!



Ladang Teh Di Cameron

13th of Julai aku g Cameron.Perancangan yang tidak berapa lancar yang mengakibatkan percutian ke cameron hari mengambil masa satu hari sahaja.13Julai2008 pukul 6.30 pagi aku memulakan perjalan mngikut perancangan iaitu menuju ke subang menjemput temanku dan tiba disubang pukul 7.00.Dari subang bertolak ke perhentian Sungai Buloh.Berkumpul disana,sementara menunggu rakan tiba,sempat juga sarapan di sana.8.30 mereka tiba dan kami bertolak menuju ke Cameron dan Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan selamat pulang walaupun semasa dalam perjalan pergi,tayat keretaku mengalami kebocoran,Walaubagaimanapun,walaupun percutian kali ini singkat,tetapi kami semua tetap merasai keseronokkan bercuti di Tanah Tinggi Cameron.Sampai juga aku kat sana..heheheh

Sekian

Ahmad Reza

Black Lagi...

Assalamualaikum w.b.t..

Hai kawan-kawan..hehehe.hari ni kul 3.22am 4th july 2008 aku wat lagi satu posting khas tuk blog aku ni.Mesti korg fikir mesti ader benda yang buruk atau dengan kata lain sekali lagi berlaku sejarah hitam dalam diri aku pas terbaca tajuk posting kali ni(kalau ader la kan orang buka blog aku ni..heeheh).Sebenarnya bukanlah sejarah hitam yang terpalit kat diri aku pada kali ni,walaupun hitam tapi tak semestinya perkara buruk yang berlaku.Hitam itu ada masanya manis untuk kita lalui.kekekeke.Sebenarnya aku dah wat sesuatu kat my big baby iaitu kalau taklain dan tak bukan MY VI vi WRF 5734.Minggu ni hari rabu 2nd july 2008 kire kalu ikut tarikh 2 hari lepas la tapi kalau ikut time aku wat posting ni kiranya semalam la kan.Ermm nak cite pun tak tau la,mehla aku tunjuk ckit gambar terbaru MY big baby da latest..kekekeekeke..




Side View
BackSide



Tu jerla posting pada kali ini..
Aku tak tau nak cerita macam maner,jadi aku posting gambar jerla kan.
Selamat menjamu selerea mata.Kalau ader saper-saper yang mempunyai idea-idea nak modified bole la kiter berkongsi idea itu ye.

Sekian ,Terima kasih

Ahmad Reza