Ipoh...




Ipoh Coming Backkkkkk....Wait for The Newssss.....

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Man U VS Barca


Assalamualaikum w.b.t

Hahaha..mesti ramai peminat-peminat bola yang tengok bola malam tadi kan, dan sudah tentu nya ramai peminat Man U yang kecewa dah la kalah pastu kena 2-0 plak tu,teruk betul.Tapi memang patut pun,aku tengok malam tadi Man U memang main macam hape tah.Ronaldo kita mengharapkan sentuhan ajaib nya tak menjadi main macam taik sebuk nak berlakon,nak sepakan percuma menggelabah r plak.Tapai walau aper pun congrats tu Barca..hohohoho..

Sekian terima kasih..

Musim Kahwin

Assalamualaikum w.b.t..

Dah lama juga aku tak update blog ni , bukan sebab apa pun,tapi sebab vitamin M dalam badan banyak sangat tu yang tak berupdate blog ni,tapi apa nak kesah pun kan,blog ni aku sorg jer yg tau selain tu Encik Jamri dan Teman istimewaku siapa lagi kalau bukan Noraniza jer yang tau .hehehe..maklum la,blog aku ni tak ada apa-apa pun yang menarik selain luahan hati yang tak seberapa ni jer..huhuhu

Sebenarnya selama blog ni tak berupdate, banyak juga peristiwa-peristiwa yang berlaku, memang ader juga terfikir nak update,tapi tak jugak buat sebab malas.hehehehe.Antara-antara peristiwa yang berkaitan tu la pada 28 Februari 2009 tu la hadiah harijadi yang aku tak bole nk lupe,Pada hari tu abang aku dinikahkan dengan isteri die.Majlis berlangsung di masjid muar.Masa kat sana,ni la baru 1st time dalam sejarah aku tengok orang dinikahkan.(maklumla,tak lama lagi diri ni plak nk bernikah) hehehe...Selepas acara nikah berlangsung seperti biasa, acara seterusnya acara malam berinai dan pada esok harinya pula berlangsung majlis persandingan pula.Masa disini,penginapan telah ditaja sepenuhnya oleh ayah Bakri dan Mak Zainab.Terima kasih ye.Kami semua menginap di CLASSIC HOTEL yang terletak betul-betul di tengah-tengah pekan Muar ni.Tapi sangat la kecewa nya servis di hotel ni.Sepanjang hidup aku,tak pernah lagi la kan hotel ker atau penginapan meminta guest nya mengemas kembali bilik yang di sewa,tapi di CLASSIC Hotel ni,servis untuk housekeeping sangat la teruk.So kalau g Muar tu saya sangat-sangat ingin menasihat adalah tidak digalakkan untuk menginap di CLASSIC Hotel Ini.Sangat BENGAP management nyer.hehehe.Dahla tu sewa mahal plak tu.Di rumah lelaki pula, majlis berlangsung pada 7 mac 2009 iaitu seminggu selepas bersanding kat muar.Kira ok la meriah juga la kan majlis ni.Apa yang menariknya adalah,kali ni aku rasa seronok plak, yelakan,kalau macam dulu masa muda-muda dulu,kalau g mane2 semua ikut mak ayah,macam sekarang ni, sejak dah berpunya, mana2 pun g dengan die yang teristimewa.hehehehe..Memang terasa la perbezaan dia.Dan kepada Pak Cik Ayob dan Mama Ros,insyallah saya akan jaga anak makcik yang degil ni sebaik yang mungkin..Terima kasih la melahirkan insan yang istimewa ni untuk saya..hehe(berangan plak) dan kepada Ayah Bakri dan Mak Zainab iaitu orang yang paling aku sayang,terima kasih jugala membela dan mendidik anak ini sehingga dewasa dan gemok macam sekarang ni ha dan terima kasih sekali lagi kerana sudi terima Noraniza sebagai kawan walaupun dulu time sekolah-sekolah dulu mak ingat ija ni bukan straight yela sampai mintak tolong Rozainol tolong carikan awek.kikiki,Tengok dah terbukti kan mak, anak lelaki mak ni straight dan normal iaitu masih bernafsu kepada perempuan walaupun muka anak mak ni tak seganaz macam muka lelaki lain hehehehe..

Ayah Bakri & Mak Zainab

Next Couple..

Pengapit Yang Kacak.hehehe

Ok3..berbalik kepada tajuk,nape aku cakap musim kahwin ek, yela mane tidaknya,dalam tahun ni sahaja dah berapa ramai kawan-kawan aku dah kawen,ada yang dah beranak pinak pun ada dah dan pada tahun ni sahaja, berapa banyak dah majlis aku tak dapat hadir.Jadi aku nk mintak maaf la ye kepada kawan-kawan sebab tak dapat hadir majlis korg seme.Bukan apa, tapi sebab sibuk bekerja nak pula kerja aku ni jenis kerja syif so nak dapat cuti tu korg semua sedia maklum la kan.Jadi mana yang sempat tu aku gi la,mana yang tak sempat tu,minta maaf ye..

Mana tak terasa musim jep, tahun ni je aku rasa adalah 5 ke 6 pasang kawan- kawan aku nk kawen tu yang rasa macam dah sampai turn aku pula kot pasni.hehehe..Sebelum-sebelum ni pun ada juga,tapi xdela seramai ni,jadi mungkin sebab kami-kami ini semua telah dewasa,so sudah sampai la masanya giliran batch-batch kami semua ini untuk ada family pula.Tu yang aku terasa sekarang ni.Macam aku pun ada gak planning,jika tiada apa-apa yang menghalang insyaallah dalam bulan 7 ke atau bulan 8 ni aku akan mula kan apa yang aku dan Noraniza rancang.Kalau tak jadi apa-apa, aku akan datang merisik pada bulan 8 ni dan kami berdua rancang dalam bulan 12 tahun ini juga akan bertunang dan setahun maybe setahun lebih sikit barula nk melansung kan perkahwinan iaitu kalau tak jadi apa-apa dam 30 Januari kami nak nikah.Mesti pelik kan nape 30 januari?hehehe adalah..Bak kata Siti Nurhaliza biarlah rahsia..kikiki..So kepada kawan-kawan siapa-siapa nak kawen tu,cepat-cepat la kumpul duit..heheheheDi bawah ni gambar terbaru kami berdua,hari tu Noraniza turun K.L.Macam ni la kehidupan kiteorg,terpaksa la wat pjj.Ingat stdy jer ada pjj,bercinta pun ada gak.Alhamdulillah walaupun jauh,hubungan aku tetap seperti dl tetap kukuh.. Noraniza, Ku mencintaimu...


KLCC

HEHEHE