Akak Aku Plak..hehehe..





Hehehehe..






My Parent...ngeee..


Amek Berkat..ngeh3...



Akak Aku Tunang..

Aku Bertunang..Yay!!!













Sesi Menyarung Cincin Pertunangan..hehehe

KemBali...ermm..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam permulaan seperti yang selalu aku ucapkan pada setiap permulaan entry yang aku tulis..Apa khabar kepada pembaca-pembaca?Harapnya adalah yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni kan..Lama juga aku tak hupdet blog aku ni..hehehe..

Selama blog ni tak berupdate, macam biasa la kan, semua orang mst ader pelbagai perkara serta suka-duka yang ditempuhi, macam aku juga selama aku tinggalkan blog aku ni, banyakla perkara-perkara yang aku lalui..Semasa entry ini ditulis, jam menunjukkan suda pukul 2.11 minit pagi 27/05/2010, bermakna lebih kurang 5 bulan lebih jugak la aku tak update blog aku, bukan tak melawat tapi aku jer yang malas giler aaa..hehehe..

Nak cerita la perkara-perkara yang aku lalui selamat ni ..antaranya,Alhamdulillah , pada bulan-bulan yang lepas, selepas aku bertunang, akak aku pun sama mengikuti jejak langkah ..selepas beberapa minggu, adik aku Sophia pulak.So dijangkakan kenduri perkahwinan kami semua akan diadakan secara serentak.Alhamdulillah, dalam masa yang terdekat, ibu bapa aku dikurniakan anak yang baru (menantu) Insyaallah...Mudah-mudahan semuanya berlangsung dengan sempurna.Aku mendoakan agar majlis kami semua terlaksana tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain itu, perkara di atas tu hanyalah kenduri yang berlangsung di sebelah pihak aku la, maksudnyer majlis kahwin di rumah aku, tp untuk majlis akad nikah AKu dan Noraniza akan berlangsung pada 20/11/2010 Insyaallah seperti yang telah pihak keluarga aku dan pihak keluarga perempuan bersetuju.Sekarang ni pun aku dan tunangku sedang mula membuat persiapan perkahwinan seperti membeli barangan hantaran, kain baju yang hendak dibuat semasa akad nikah.Aku dan Tunangku membeli ckit-ckit la kan, bukan ape,taknak la terase sangat.Korg jangan pk ktorg nk wat grand2 plak, ktorg wat aper yang termampu yang penting, pernikahan aku dan si dia dapat berlangsung dengan sempurna.

Betul la orang kate, suasana menjelang majlis yang paling bermakna ini sangatla mendebarkan.Macam-macam yang bermain dalam kepale ni,Pelbagai masalah yang bermain-main dalam pikiran aku,Betul la, selain tanggungjawab suami kepada isteri, persiapan perkahwinan ini juga teras berat untuk aku memikul.Tapi Terima Kasih kepada ibu ayah aku, adik -beradik dan paling penting tunangku yang memahami kedudukan aku yg tak berape nk ni.Mereka ini banyak la membantu wat masa ni dari segi emosi..Teras berat sangat beban yang aku rasa.Yela kan, memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul nk menjaga anak org tuu..heheh..cukup ker nk bg die makan, tempat tinggal, pakaian seperti yg dituntut Islam.Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan ku sebelum, semasa selepas dan selama aku dan si dia bersama sehingga ke syurga Insyaallah.Risau juga aku kalau aku ni tak dapat jd seorang suami yang dapat mendidik isteri yang solehah..Diharapkan dapatla aku menunaikan tanggungjawab aku nnt..Insyaallah...yela kan selain isteri, aku risau juga yela tanggungjawab kepada ibu bapa aku, dapat ker aku nk hadapi?WAAAAA!!! takut r plak..hehehe..tp aku percaya yang aku sentiasa membantu makhluk-Nya dapat segala urusan yang baik..Insyaallah...huhuhu

Ermmmm...k la, aku rasa sampai sini jerla entry aku, kat bawah nnt ader la serba sedikit gambar-gambar sepanjang awal tahun, perkara yang baik banyak telah berlaku di rumah aku..Syukur Alhamdulillah kerana segalanya berlaku dengan lancar..Alhamdulillah....